Thursday, December 1, 2016

Dilemma IKS untuk ke FASA II – MENGURUS MANUSIA PERLU ILMU & SENI




Mengurus bisnes sama “pening” dengan mengurus sumber manusia di dalam bisnes. Ia adalah fitrah. Maksudnya “kepeningan” mengurus manusia di dalam bisnes berlaku di semua peringkat bisnes, dari sekecil kecil bisnes hinggalah ke sebesar besar bisnes.

Bagaimana untuk mengurus sumber manusia?
Untuk mengurus sumber manusia (lebih lebih lagi di negara kita), perkara paling utama semua pemilik bisnes kena AMBIL TAHU ialah keboleh pakaian peraturan dalaman bisnes dengan AKTA berkaitan sedia ada.

Itu adalah perkara ASAS.
Kemudian, dengan ASAS itu, perjalanan bisnes boleh diuruskan selaras dengan perkembangan bisnes dan operasinya. Apabila bisnes sudah semakin besar, pengurusan SUMBER MANUSIA (HR) sewajibnya mesti mulai kemas.

Apakah kemungkinan MASALAH jika PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRM) tidak kemas?
i) High Turnover of Staff (Kadar keluar masuk pekerja yang tinggi)
Ini merupakan situasi biasa bagi bisnes IKS. Keterbiasaan berlaku ramai pekerja keluar masuk ini telah menyebabkan ada stigma di kalangan pemilik bisnes IKS. Ia juga menjadi suatu halangan kepada bisnes IKS untuk kekal di dalam pasaran lebih daripada 3 tahun. Antara sebab biasa yang diberikan oleh pekerja yang berhenti adalah seperti tempat lain yang tawarkan gaji lebih menarik, bos terlalu mengongkong, bos tidak membayar overtime dengan betul, bos tidak membayar potongan berkanun dengan tepat dan bermacam macam lagi isu pokok dan isu remeh.

ii) Kehilangan staff yang berpotensi tinggi (Star Performer)
Ya, itu sudah PASTI berlaku. Dengan kata lain, jika bisnes tidak mempunyai PENGURUSAN SUMBER MANUSIA yang betul betul kemas dan menyeluruh, akan berlaku satu fenomena yang dipanggil “Brain Drained” di mana bakat bakat bagus di dalam organisasi akan keluar untuk menyertai organisasi yang lebih menghargai bakat tersebut. Fenomena ini bukan sahaja berlaku pada bisnes IKS, ia berlaku di mana mana sahaja pada semua peringkat.

iii) Pekerja mula rimas dan kebingungan
Bayangkan anda merupakan seorang “fresh graduate” dengan ijazah sarjana muda di dalam jurusan rekabentuk grafik. Dan anda bertuah diambil bekerja di dalam suasana ekonomi yang suram walaupun jawatan yang ditawarkan “lari” daripada bidang anda. Anda dilantik ke jawatan eksekutif jualan. Dari hari pertama anda mula bekerja, tiada skop kerja yang jelas untuk anda. Apa yang anda dimomokkan ialah “Ini ialah target jualan kita, dan kita terkebelakang 40% daripada target sebenar kita”. Pengurus yang menyelia anda terus menetapkan target jualan yang perlu dan perlukan “result” segera. Anda perlu outstation ke sana ke mari. Maka selepas dua minggu anda perlu membuat laporan berkaitan. Anda bertuah kerana mampu membuat jualan dan mencapai target mingguan yang ditetapkan walaupun tiada latihan dalaman yang diberikan. Tiba masa untuk anda membuat tuntuan perjalanan dan juga bertanya tentang komisyen jualan. Ini kerana anda diberitahu setiap jualan ada komisyen yang diraih. Malangnya, tiada komisyen yang dikira kerana jawatan anda belum disahkan kerana masih dalam percubaan. Dan anda juga baru tahu tuntutan perjalanan hanya boleh dibuat sebulan sekali walaupun rakan rakan sejawatan anda yang lain mengatakan tuntutan boleh dibuat seminggu sekali. Anda berkecamuk. Bila anda meminta dengan pengurus anda polisi dan prosedur yang berkaitan dengan unit Jualan ini, pengurus anda dengan selamba berkata, "polisi kita berubah mengikut keadaan sesuai dengan perkembangan semasa, tetapi apa yang ada adalah yang dibuat 5 tahun dahulu". Anda terkesima dan terkejut.

iv) Motivasi staff “merudum”
Masakan tidak merudum? Bayangkan jika semua lapisan staff “menelan” sahaja yang organisasi tempat mereka bekerja tidak mempunyai polisi dan prosedur yang teratur untuk setiap unit atau jabatan. Mereka berpulun berpenat lelah bekerja menaikkan jualan serta mengembang luaskan aktiviti pemasaran, cukup setahun bekerja keras, pihak pengurusan pula terkapai kapai bagaimana untuk mengukur prestasi semua staff mereka. Maka bermula lah episode melengah lengahkan kiraan untuk membayar imbuhan samada instentif, bonus mahupun kenaikan pangkat. Perkara perkara semacam ini sebenarnya telah pun membunuh keinginan staff untuk bekerja keras untuk tahun tahun mendatang.
Jika dan hanya jika bisnes anda ada kesemua MASALAH di atas atau pun bunga bunga masalah seperti di atas lebih lebih lagi cara yang sesuai untuk MENGUKUR PRESTASI PEKERJA, kami ada cara untuk bantu, dengan ILMU dan SENI mengurus sumber manusia ini.

Bagaimana kami di SME Biz-Transformer dapat membantu? 

Kami tawarkan penyelesaian yang praktikal, mendasarkan serta realistik bersesuaian dengan sifat bisnes IKS tersebut. Kami bukanlah tipikal konsultan yang mencedok bulat bulat dari bahan bacaan yang teramat banyak samada secara maya mahupun bercetak dan "recycle" menjadi sesuatu yang "hype".

Kami adalah PENGAMAL pengurusan yang BERSISTEM. Dengan pengalaman lebih 10 tahun di dalam pelbagai industri, bermula dari peringkat bawahan, peringkat pengurusan hinggalah ke peringkat pembuat keputusan telah kami lalui.

Umumnya, kami tawarkan solusi yang holistik seperti berikut:-
1) Membina, membangun, "resetting" dan menyediakan PELAN STRATEGIK 3 tahun berdasarkan VISI dan MISI syarikat;

2) Menyediakan dan membangunkan SOP (Standard Operating Procedures) yang "customize" dengan bisnes anda;

3) Menyediakan latihan SOP dan Pengurusan kepada kakitangan menurut bahagian/unit

4) Menyediakan TRAINING NEED ANALYSIS;

5) Menyediakan latihan KEPIMPINAN & PENGURUSAN untuk team pengurusan anda;

Sudah tentu ada bonus yang menanti anda.

Berapa pula yuran yang kami kenakan?

Kami jamin ia BERPATUTAN dan BERBALOI.

Anda mendapat latihan intensif, bukan sahaja sebagai pemilik bisnes, tetapi TERMASUK team anda. Kami akan melatih bagi memastikan keseluruhan organisasi anda MENGAMALKAN apa yang anda garap pada SOP anda, yang mana kesemuanya ini JUGA di amalkan oleh syarikat konglomerat gergasi antarabangsa. Syarikat syarikat besar melabur berpuluh ribu malahan hingga ratusan ribu ringgit hanya semata mata untuk membangunkan dan melatih team mereka TETAPI kami tawarkan JAUH lebih murah untuk anda.

Apakah jaminan lain yang kami berikan?


Kami jamin kepada anda selaku pemilik bisnes, selepas kami bantu "memecahkan" halangan dalam pemikiran anda dengan kami tunjukkan cara yang betul, ANDA akan mudah untuk memacu bisnes anda ke tahap berikutnya. Anda lebih mudah untuk duplicate cara membentuk team baru bagi bisnes baru anda yang lain dan yang paling penting ANDA tidak perlu berada di pejabat/kilang anda SETIAP hari hanya semata mata nak pastikan staff anda menjalankan tugas.


Dan jaminan kami yang TERAKHIR.

Kami tidak "hype" dan sama sekali tidak akan menawarkannya. Tiada audien besar yang kami dambakan. Kami tidak memberi motivasi malahan kami bukan motivator. Kami dengar masalah anda. Kami duduk perhatikan perjalanan bisnes anda. Kami drafkan jalan penyelesaian. Kami muktamadkan SOP untuk anda. Kami latih anda dan team anda menggunakan SOP. Kami betulkan kompas VISI dan MISI anda dan kami pantau perjalanan anda selepas itu. Mendasar. Realistik. Praktikal.

Bagi mereka yang benar-benar serius ingin ke FASA II, sila KLIK DISINI untuk team kami susuli anda dengan SEGERA.

Jangan tunggu hingga ESOK untuk membuat keputusan.

SME BIZ-Transformer

Follow kami di FB: https://www.facebook.com/SMEBizTransformer/
Follow kami di Instagram : @smebiztransformer

No comments:

Post a Comment