Sunday, December 4, 2016

Dilemma IKS untuk ke FASA II: PELABURAN TERBIJAK


Bila bicara tentang peluang pelaburan, setiap orang terutama orang berbisnes mendambakan pelaburan yang “kalis” rugi.

Jadi jangan hairan andai ramai orang kita (tak terkecuali orang orang berbisnes) tertarik dengan pelaburan yang bersifat “kalis rugi” sebagai “side income” untuk pelbagai kegunaan.

Tetapi bukan isu pelaburan semacam ini yang kami ingin kongsikan kepada pemilik bisnes.

Apa yang ingin kami kongsikan kepada pemilik bisnes yang sudah maju dalam Fasa I tetapi masih mencari cari cara untuk ke Fasa II ialah PELABURAN kalis rugi untuk BISNES anda sendiri.

Pelaburan kalis rugi untuk bisnes anda terbahagi pada dua kategori pelaburan iaitu:-

i. Pelaburan pada ILMU
ii. Pelaburan pada ORANG/TEAM

PELABURAN PADA ILMU

Dalam konteks “sangkut” bagi pemilik bisnes di FASA I yang masih tercari cari cara untuk ke FASA II, ILMU yang WAJIB dipelajari, difahami dan diamalkan adalah ilmu untuk mengAUTOMASIkan bisnes anda.

Perkara penting tentang BAGAIMANA untuk mengAUTOMASIkan bisnes anda, antaranya ialah:-

1    i)  Set Pelan Strategik yang Jelas

2    ii) Bentuk dan latih diri sendiri menjadi pemimpin bisnes yang berkesan

3    iii) Bangunkan Standard Operating Procedures (SOP) yang mapan untuk diamalkan oleh setiap staff (dari barisan pengurusan hingga staff bawahan)
4    iv) Menyediakan hierarki dalam Organisasi bisnes yang TERATUR serta LOGIK. (bagi mengawal selia staff bawahan, WAJIB ada SUPERVISOR. Tujuannya agar ada CHECK & BALANCE dan ACCOUNTABILITY)

5    v) Melakukan audit pengurusan dari semasa ke semasa secara BERKALA

6    vi) Memantau PRESTASI semua staff pada setiap peringkat, anugerah diberi kepada TOP PERFORMER, amaran diberi kepada UNDER PERFORMED tetapi selepas latihan dan nasihat diberikan.

PELABURAN PADA ORANG/TEAM
Pelaburan untuk “portfolio” ini HANYA boleh diguna pakai selepas PELABURAN pada ILMU mengAUTOMASIkan bisnes telah dipelajari, difahami dan diamalkan oleh pemilik bisnes.

Adakah pelaburan pada ORANG/TEAM ini dijamin TIDAK RUGI?
Tiada jaminan TIDAK RUGI melainkan pemilik bisnes sudah fahami dan mengamalkan ILMU mengAUTOMASIkan bisnes terlebih dahulu.

Jadi bagaimana SME-BIZ Transformer dapat membantu kami pemilik bisnes ini?

Kami MEMBANTU dengan kami tawarkan penyelesaian yang praktikal, mendasar serta realistik bersesuaian dengan sifat bisnes IKS tersebut. Kami bukanlah tipikal konsultan yang mencedok bulat bulat dari bahan bacaan yang teramat banyak samada secara maya mahupun bercetak dan "recycle" menjadi suatu yang "hype".

Kami adalah PENGAMAL pengurusan yang BERSISTEM. Dengan pengalaman lebih 10 tahun di dalam pelbagai industri, bermula dari peringkat bawahan, peringkat pengurusan hinggalah ke peringkat pembuat keputusan telah kami lalui.

Umumnya, kami tawarkan solusi yang holistik seperti berikut:-

Membina, membangun, "resetting" dan menyediakan PELAN STRATEGIK 3 tahun berdasarkan VISI dan MISI syarikat;

Menyediakan dan membangunkan SOP (Standard Operating Procedures) yang "customize" dengan bisnes anda;

Menyediakan latihan SOP dan Pengurusan kepada kakitangan menurut bahagian/unit

Menyediakan TRAINING NEED ANALYSIS;

Menyediakan latihan KEPIMPINAN & PENGURUSAN untuk team pengurusan anda;

Sudah tentu ada bonus yang menanti anda.

Bagaimana dengan yuran yang pemilik bisnes perlu bayar? Berapa pula yuran yang kami kenakan?

Kami jamin ia BERPATUTAN dan BERBALOI.

Anda mendapat latihan intensif, bukan sahaja sebagai pemilik bisnes, tetapi TERMASUK team anda. Kami akan melatih bagi memastikan keseluruhan organisasi anda MENGAMALKAN apa yang anda garap pada SOP anda, yang mana kesemuanya ini JUGA di amalkan oleh syarikat konglomerat gergasi antarabangsa. Syarikat syarikat besar melabur berpuluh ribu malahan hingga ratusan ribu ringgit hanya semata mata untuk membangunkan dan melatih team mereka TETAPI kami tawarkan JAUH lebih murah untuk anda.

Apakah jaminan lain yang kami berikan?

Kami jamin kepada anda selaku pemilik bisnes, selepas kami bantu "memecahkan" halangan dalam pemikiran anda dengan kami tunjukkan cara yang betul, ANDA akan mudah untuk memacu bisnes anda ke tahap berikutnya. Anda lebih mudah untuk duplicate cara membentuk team baru bagi bisnes baru anda yang lain dan yang paling penting ANDA tidak perlu berada di pejabat/kilang anda SETIAP hari hanya semata mata nak pastikan staff anda menjalankan tugas.

Dan jaminan kami yang TERAKHIR.

Kami tidak "hype" dan sama sekali tidak akan menawarkannya. Tiada audien besar yang kami dambakan. Kami tidak memberi motivasi malahan kami bukan motivator. Kami dengar masalah anda. Kami duduk perhatikan perjalanan bisnes anda. Kami drafkan jalan penyelesaian. Kami muktamadkan SOP untuk anda. Kami latih anda dan team anda menggunakan SOP. Kami betulkan kompas VISI dan MISI anda dan kami pantau perjalanan anda selepas itu. Mendasar. Realistik. Praktikal.

Bagi mereka yang benar-benar serius ingin ke FASA II, sila KLIK DISINI untuk team kami susuli anda dengan SEGERA.


Jangan tunggu hingga ESOK untuk membuat keputusan.


SME BIZ-Transformer

Follow kami di FB: https://www.facebook.com/SMEBizTransformer/
Follow kami di Instagram : @smebiztransformer


No comments:

Post a Comment